Monday, October 17, 2011

kerja kosong


tekanan perasaan lebih kuat dari tekanan kerja. buat masa sekarang kita mampu ke menutup mulut-mulut berbisa mengacu soalan yang ganas lebih daripada sebelati pisau? mulut mereka tidak celaka. tidak salah bertanya jauh sekali termaktub dalam undang-undang negara. tapi mampu ke mereka menjadi kita beraksi macam siput kinzir secomel begitu. silap hari bulan hancur dipijak sendiri.

"aha tulah, lain kali belajar cikgu habis belajar terus dapat kerja. masa sekolah malas belajar kalau rajin cikit dapat jadi dokter, peguam, jurutera kerja bagus-bagus.." (omelan)


boleh ke sekarang ni pegi sambung balik belajar?. kirim salam. lupa kita pada rezeki yang ALLAH janjikan. bermadah itu mudah. lidah lembut dari gigi memang senang menyusun senjata kata. air paip sama laju saiz dengan air terjun mengalir deras. kalau gambar boleh dirakan dari udara. kelulusan universiti agaknya sama saiz dengan air terjun kah? kalaulah sama laju itu faktor susah berkerja. bermadah di dewan negara. gubal bajet negara setiap lulusan universiti pasti dapat kerja?. itu mimpi. kerja ada. kita terlalu memilih. tapi salah ke makhluk ini memilih. mestila tidak bukan. yang menganggur aku bukan orang lain.


kalaulah berpuisi hasilkan duti berkepuk. berlari manusia berebut menghasilkan puisi. maka terhasillah puisi yang menghancurkan bahasa atau mampu melawan puisi-puisi asli. jika tahniah. pertanian pun mampu menghasilkan pulangan lumayan. kenapa masih ada 'dunia' yang tidak berminat. mungkin tak perlulah mencongak butir-butir beras di siam. dia pun dilanda krisis. sentiasa berharap pada usaha orang lain. hasilnya beginilah. menghabiskan beras-beras dirumah. membelanjakan duit mak bapak. kesian nya hidup. bila mahu membalas.

hayatilah lirik ini. mungkin kita ada dibalik-balik kata tersembunyi.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan





No comments: