Tuesday, January 29, 2013

ANUGERAH ALLAH 2012



semenjak bermenjak

salam.

my happy ending 2012

Kegembiraan pengakhiran 2012 and welcome 2013, please be nice. Umur dah masuk 24 tahun walaupun bukan bertarikh 8 hb Jun. Bulan Jun 2012 buat saya tersenyum. umm adakah saya terlalu muda untuk kawen atau terlalu tua untuk tidak kawen bila melihat bff dah berderet anak? aha.. kadang-kadang cakap orang berbeza..

"oh, tidak. Saya tak minat kawen lagi. Tak puas lagi cari duit. Tak puas lagi nk enjoy, nanti dah kawen duit dah tak sama. Suami dah tak bagi kerja. Suh duk umh. Dan aku dah tak bebas"

ada gak yang cakap.

"siapa tak nak kahwin, aku nak sangat kahwin, aku nak ada family sendiri. Bosan gile balik umh tapi kosong. Tak de suami, tak de anak. Sibuk macam mana pun kat opis. Balik umh pasti tersenyum"

bila menjawap..

"dah tu kenapa kau tak kawen-kawen"

dia balas balik.

"tak de jodoh lagi. tak de orang yang nak kan aku. lagi pun ibu aku memilih. restu ibu aku lebih penting. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang dah kahwin, bile lah aku boleh kahwin."

dan aku terdengar Ustaz Azhar Idris berbicara kat youtiup (sebutan incik tunang, comey sgtlh tu)...

Ustaz Azhar Idris cakap:

"kenapa semakin ramai yang kawen lambat?. Sebab mas kawin mahal. Mas kawin mahal buat orang lelaki payah nak masuk meminang. Mas kawin mahal sebab campur tangan dari mak perempuan. Mak perempuan tak boleh masuk campur pasal mas kawin sebab mak perempuan bukan wali. Mak ayah tak boleh paksa anak dia kawin dengan pilihan mak ayah. biar dia kawin dengan pilihan sendiri, biarkan gaji tak besar asalkan kaki sembahyang dan bukan kaki botol. Dan mas kawin paling murah, maka paling berkat rumah tangga"

dan pendapat saya mengenai hal kawen ummm..sungguh menarik. saya tak fikirkan soal baju pengantin yang meriah? pelamin yang glamor? make up yang megubah muka? tidak. yang saya fikirkan saat akad nikah. maka bermulalah proses kehidupan berkeluarga dan bertanggungjawap saya pada keluarga kecil aku. untuk berfikiran waras dan tidak memanjangkan isu dihari perkahwinan saya. mungkin kemeriaan itu, biarlah saya dan ALLAH S.W.T yang tahu moga-moga pintu rezeki semakin terbuka dan dosa-dosa terhapus disaat akad nikah berakhir kerana perkahwinan itu satu IBADAT.


SEKIAN,

Saturday, January 5, 2013


PENGIKAT JANJI BAHAGIAN 1.





Bum bum itu adalah saya, maka yang kecil adalah dia. 

"so in the end, i choose him"








Sunday, July 22, 2012

mohon petunjuk

~bila kita dh jumpa seseorg yg membahagiakan kenapa melepaskan~

salah ke tindakan hati ini?
salah ke perasaan ini?


bertahun aku bertahan hanya kerana dia, bertindak terbaik hanya untuk dia. tapi hati perasaan aku. salah kah aku yg berpaling arah?. atau terus memendam rasa itu tindakan yang bijak?. andailah aku bijaksana mungkin aku bisa membaca isi hati. andai aku batu mungkin aku bisa bertahan lagi. tapi aku ada sekeping hati yang serik.

salah ke aku.

Friday, May 25, 2012

saya redha

meterial itu dunia saya sekarang. no more Geografi. NO MORE. yg ada, BEAM, PLATE, PIPE, FLANGE, N seangkatan dgn nyer. yer. itu sukar. sgt sukar.

dan hati saya sekarang semakin sukar mentafsir.

maaf.

kalaulah bersendiri itu lebih baik. mungkin tiada perasaan ini.

Monday, December 19, 2011

3 tahun



3 tahun.
sebelum dan selepas.
80 kg - 62 kg
tak perlu pil pelangsing, krim pecah lemak. sedut lemak. TAK PERLU.
APA YANG PERLU?

1) Kurangkan snek (aku paling suka makan twistis, super ring setiap hari aku makan. selapas makan nasi, aku makan snek). snek memang tidak sesuai dimakan selepas makan or sebelum makan nasi. leih baik tak payah makan langsung!

2) Banyakkan senaman (3 tahun aku kat UKM. wajip jalan kaki paling dekat 15 minit, petang-petang aku jogging, paling best main bola tampar)

3) emosi yang tidak stabil (ini aku punya masalah. time exam selera makan aku 50% hilang dari biasa. habis exam aku makan dengan penuh besst. time mak ayh pegi makkah. lagi mati selera makan. mainan emosi.

4) aku malu. (gemuk paling mudah org menyindir. tekad nk kurus. tp xkurus pom. sekurang-kurangnya aku mampu kurangkn berat badan walau bukn saiz s.


Aku tak pernah makan atau mencuba produk kurus. tapi sekarang. sedang berusaha untuk tidak menjadi seperti dahulu. nk masuk the biggest loser asia ke?

sekian.

Monday, October 17, 2011

kerja kosong


tekanan perasaan lebih kuat dari tekanan kerja. buat masa sekarang kita mampu ke menutup mulut-mulut berbisa mengacu soalan yang ganas lebih daripada sebelati pisau? mulut mereka tidak celaka. tidak salah bertanya jauh sekali termaktub dalam undang-undang negara. tapi mampu ke mereka menjadi kita beraksi macam siput kinzir secomel begitu. silap hari bulan hancur dipijak sendiri.

"aha tulah, lain kali belajar cikgu habis belajar terus dapat kerja. masa sekolah malas belajar kalau rajin cikit dapat jadi dokter, peguam, jurutera kerja bagus-bagus.." (omelan)


boleh ke sekarang ni pegi sambung balik belajar?. kirim salam. lupa kita pada rezeki yang ALLAH janjikan. bermadah itu mudah. lidah lembut dari gigi memang senang menyusun senjata kata. air paip sama laju saiz dengan air terjun mengalir deras. kalau gambar boleh dirakan dari udara. kelulusan universiti agaknya sama saiz dengan air terjun kah? kalaulah sama laju itu faktor susah berkerja. bermadah di dewan negara. gubal bajet negara setiap lulusan universiti pasti dapat kerja?. itu mimpi. kerja ada. kita terlalu memilih. tapi salah ke makhluk ini memilih. mestila tidak bukan. yang menganggur aku bukan orang lain.


kalaulah berpuisi hasilkan duti berkepuk. berlari manusia berebut menghasilkan puisi. maka terhasillah puisi yang menghancurkan bahasa atau mampu melawan puisi-puisi asli. jika tahniah. pertanian pun mampu menghasilkan pulangan lumayan. kenapa masih ada 'dunia' yang tidak berminat. mungkin tak perlulah mencongak butir-butir beras di siam. dia pun dilanda krisis. sentiasa berharap pada usaha orang lain. hasilnya beginilah. menghabiskan beras-beras dirumah. membelanjakan duit mak bapak. kesian nya hidup. bila mahu membalas.

hayatilah lirik ini. mungkin kita ada dibalik-balik kata tersembunyi.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan