Tuesday, January 29, 2013

semenjak bermenjak

salam.

my happy ending 2012

Kegembiraan pengakhiran 2012 and welcome 2013, please be nice. Umur dah masuk 24 tahun walaupun bukan bertarikh 8 hb Jun. Bulan Jun 2012 buat saya tersenyum. umm adakah saya terlalu muda untuk kawen atau terlalu tua untuk tidak kawen bila melihat bff dah berderet anak? aha.. kadang-kadang cakap orang berbeza..

"oh, tidak. Saya tak minat kawen lagi. Tak puas lagi cari duit. Tak puas lagi nk enjoy, nanti dah kawen duit dah tak sama. Suami dah tak bagi kerja. Suh duk umh. Dan aku dah tak bebas"

ada gak yang cakap.

"siapa tak nak kahwin, aku nak sangat kahwin, aku nak ada family sendiri. Bosan gile balik umh tapi kosong. Tak de suami, tak de anak. Sibuk macam mana pun kat opis. Balik umh pasti tersenyum"

bila menjawap..

"dah tu kenapa kau tak kawen-kawen"

dia balas balik.

"tak de jodoh lagi. tak de orang yang nak kan aku. lagi pun ibu aku memilih. restu ibu aku lebih penting. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang dah kahwin, bile lah aku boleh kahwin."

dan aku terdengar Ustaz Azhar Idris berbicara kat youtiup (sebutan incik tunang, comey sgtlh tu)...

Ustaz Azhar Idris cakap:

"kenapa semakin ramai yang kawen lambat?. Sebab mas kawin mahal. Mas kawin mahal buat orang lelaki payah nak masuk meminang. Mas kawin mahal sebab campur tangan dari mak perempuan. Mak perempuan tak boleh masuk campur pasal mas kawin sebab mak perempuan bukan wali. Mak ayah tak boleh paksa anak dia kawin dengan pilihan mak ayah. biar dia kawin dengan pilihan sendiri, biarkan gaji tak besar asalkan kaki sembahyang dan bukan kaki botol. Dan mas kawin paling murah, maka paling berkat rumah tangga"

dan pendapat saya mengenai hal kawen ummm..sungguh menarik. saya tak fikirkan soal baju pengantin yang meriah? pelamin yang glamor? make up yang megubah muka? tidak. yang saya fikirkan saat akad nikah. maka bermulalah proses kehidupan berkeluarga dan bertanggungjawap saya pada keluarga kecil aku. untuk berfikiran waras dan tidak memanjangkan isu dihari perkahwinan saya. mungkin kemeriaan itu, biarlah saya dan ALLAH S.W.T yang tahu moga-moga pintu rezeki semakin terbuka dan dosa-dosa terhapus disaat akad nikah berakhir kerana perkahwinan itu satu IBADAT.


SEKIAN,

No comments: