time skol dulu, cg wajib tanya. nanti besar nak jadi ape. pastu sorang2 bangun dengan penoh kompedin, & ad yang pikir dulu, sah2 time kecik-kecik mmg takde hala tuju masing2. di kampung, mak2 ayah2 wajip cakap mcm ni:
"nanti pegi sekolah blajo rajin2, bila dah pandai masuk u, bila masuk u jadi lah doctor, jurutera, peguam..."
(mak anon 1988)
majoritilah akan cakap mcm tu, boleh bilang dgn jari jerk yg ad mak2 ayah2 yg cakap besa nanti:
"pegi masuk u, blajar rajin2. tanah ayah mu banyak lagi kat blakg tu. luar daerah, dlm daerah. pegilah amik cangkul pegi usaha"
(mak anon 1999)
ada ke? HAHA. xde kan. kalau ad majoriti sebegitu taklah MALAYSIA dalam keadaan darurat makanan kan. kita gembira, pejam celik makanan depan mata. tapi tak terpikir ke tang mane datang makan-makanan tersebut. kita tanam sawi blakang rumah ke? boleh harap ke kebun sawi apek untuk tampung semalaysia?. boleh cukup ke padi kat kedah untuk orang kita?. yg aq tgk sawah padi tak de rupa dah sekrg. kg aq lah. kering. tak hijau. yg ad naik terpacak lah dua, tiga butir rumah agam tersergam indah. tumbuh celah2 sawah padi. perh. KAYO2.. mesti keje doctor tu.. opszz.. copy paste pandangn org dulu. skrg kan
malaysia kan dh maju.. MAJU ke?
mari bagi tau, makanan yg kita duk makan, bahan mentah kita kutip celah mane? kita pengeluar makann yg mmg xcukup pun untuk kita. banyak amik dari luar. padi kita amik dari thailand. yg kita duk makan tiap2 hari. berapa peratus jerk kita keluar?. sebb apa kita tk keluar. kita salah kn teknologi. sebb kita punye teknologi tak secanggih negara maju. tp Y kita tak salah kan presepsi kita terhadap PERTANIAN.
"penat wei keje jadi petani, pagi2 pegi toreh getah. bau busuklah kandang lembu. keje dalam aircond lagi bess, nyaman. harmoni.. keje 3 bulan amik kete canteq Punye. petani? lori kot.." (anon 2011)
kita masih tak peka, yg kita menghabiskan duit dgn amik hasil orang lain untuk tampung kita punya orang. benda yg kita boleh hasilkan tapi kita lekehkan. silap kerajaan ke? time pemerintahan tun M. dasar perindustrian. jauh terus lupa pertanian. mungkin bila kita maju perindustrian maka kita berduit untuk beli "makanan". jgn cakap kita gah dengan hasil sawit. perkara penting!.. kita bukan pengeksport terbesar kelapa sawit okey. bila tau terus
terdiam, penat ayh aq kerja , upenya kelapa sawit kita kalah dengan indon!. y bola kita menang? sebb kita ada semangat n pandangan kita. kenapa bola boleh, kenapa pertanian tak boleh? kita hanya gah dalam dua perkara jerk yg kita memg lebih giler. bak kate org pertanian, kita boleh main baling2..
a) ayam
b) khinzir
tapi harga ayam still mahalkan? agaknye mau tgu amik aym luar ke baru harga ayam turun. kun fayakun!. khinzir? kita makan ke?WAJIP tidak. tapi kita berkelebihan disitu!. kat kg2 ad lembu merata-rata. ingt cukup ke nk tampung org kita?. sebb tu lembu sgt laris time kenduri n raya. kita ekspot 11% jerk okey. selainnya kita amik dari INDIA!.. beef. tapi bukan lembu. kerbau! yg kita duk beli kat pasaraya. itu bukan dagg lembu. harap maklum. wau makan kerbau uolssss..
y not setiap rumah tanam sayur sendiri. time tu barulah boleh ajar anak2 pasa tanah!, ni sebok berebut tanah, last2 jual. tak pun tggu terbiar sampai harga naik. baru jual. kesian tanah. taknk berbudi pada tanah ke? banyak halangan. tapi y ad yg berjaya, mana halangan dia?
jangan sampai kita dijajah lagi skali kerana hasil pertanian kita
s-e-r-a-m
import makanan
13,730,899
eksport makanan
8,241
(tak caye : )
p/s: tak sabo mau tggu bulan 5. adakah saya akan jadi usahawan tani berjaya. insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment