12 febuari 2010
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti
ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti
Sudah tiga minggu lirik lagu penyanyi pujaannya itu, setia terpahat diminda. Sebanyak mana pun dia menangis, cukup selautan namun siapalah dia untuk mengubah takdir yang jelas tertulis untuk dia. Aku layak untuk itu, hanya itu yang termampu kini titisan air mata terakhir menjadi peneman sepi. Tidurlah wahai hati, rehatlah lah jiwa, amanlah wahai perasaan. Aku relakan semuanya. Jangan di cari lagi sekeping hati yang hilang rapuh di telan nafsu. Hujan lebat di luar seakan turut sama berlagu sepi.
12 febuari 2009...
Guruh dan kilat saling bekerja menunjukkan kuat sang kuasa cukup kuat untuk mengejutkan isi rumah yang senang berisjhtirehat. kebeboommm,
‘ahh ya ALLAH, subahanaALLAH.. kuatnya bunyi guruh. Lina, tutuplah televisyen tu kuat bunyi guruh ni dah pergi tidur esok sekolah’ . Baju yang siap dilipatnya diangkatnya untuk di simpan.
‘ala along, rancangan ni lagi 5 minit nak abis, nanti habis cerita ni lina tutuplah tv ni along, kejap je lagi please…’.
‘ha ikut suka hati lah lina, jangan 5 minit jadi lima puluh minit sudah. Dah lah along nak masuk tidur, malam ni tidur dalam bilik along ye jangan di ganggu angah tidur penat lagi tu baru balik jauh-jauh. Bagi dia selesa sikit tidur kesian pulak dalam kapal terbang tu apelah sangat tidurnya penat badan tu’.
‘ye..ye along adik tahulah dah-dah pergi tidur adik nak sambung tengok cerita ni’.
Khatijah terus ke bilik tidurnya ditingkat atas, malas nak bertekak dengan adik bongsunya itu. jam dah pukul 12 tengah malam. Banyak kerja nak di siapkan di kedai esok, perniagaan semakin maju Alhamdulillah tempahan catering semakin banyak, hanya berbekalkan 4 pekerja manalah cukup kaki tangan. Alahai macam kene tambah pekerja saje kalau macam ni. Begitulah hidup dia, semenjak arwah ibu dan ayahnye pergi menghadap ilahi 5 tahun yang lalu dalam nahas kemalangan ketika menjemputnya pulang dari universiti di pulau pinang. Mujur adik-adiknya tidak mengikut serta kerana berada di asrama. Tidak dapat di bayangkan hidupnya andai semua ahli keluarganya pergi menghadap ilahi. Berbekalkan semangat dan iman dia bangun dari kesedihan, adik-adiknya perlu diberi makan. Segulung ijazah kepujiaan kini kemas tergantung di dinding tidak pernah diusik. Dileburkan angan-angan untuk menjadi pendidik berilmiah, diteruskan perjuangan arwah ayanya hanya itu dia mampu untuk membalas jasa kedua orang tua mereka selain dari doa dan amal soleh.
‘awal along bangun pagi ni, nak bukak kedai ke along?’. Lini yang bersiap dengan t-shirt dan seluar jeans duduk di meja makan.
‘aa, semalam along tak bukak kedai kire cuti sendirilah, hari ni kene bukaklah besok nak hantar makanan kat puchong ada majlis kesyukuran. Nak kene tengok barang-barang kat kedai tu cukup ke tak, nanti besoknye kelam kabut’. Teh yang siap dibancuhnya di tuang ke cawan adiknya itu.
‘um tempahan berapa orang makan along, angah nak ikut pergi kedai lah duk rumah pun tiada kerja nak buat’.
‘ ha, eloklah kalau angah nak tolong along kat kedai, sekarang kita tak cukup pekerja. Minggu lepas 2 orang pekerja kita berhenti biasalah budak lepasan SPM, dapat tawaran belajar universiti. Tu yang sekarang banyak kerja nak buat. Along dah iklan kan kerja kosong tu,tapi tiada seorang pun yang datang.’
Lini berhenti menyuap nasi goreng yang tadi begitu enak dirasakan tekaknya. Apa tidaknya sudah 4 tahun di negara orang, mana hendak sama dengan nasi goreng air tangan alongnya ni.
‘along, biar angah terus kerja kat situ jelah. Sekarang pun susah nak dapat kerja. Malas pulak angah nak cari kerja. Sekarang pun ramai lagi yang menganggur termasuk angah sorang ni mesti dan beribu-ribu orang yang duk tanam buah anggur tapi tak berbuah-buah’.
’ Jangan macam tu angah. Penat-penat angah belajar takkan nak turut sama gantung ijazah kot. Gunakan ilmu tu jangan di bazir-bazirkan’. Khatijah berlalu ke dapur membasuh pinggan yang di gunanya.
’ Angah bukan tak nak kerja tapi angah kesian kat along yang kene uruskan kedai peninggalan arwah ayah tu’. Peti ais dibuka mencari coklat kegemarannya, sudah menjadi kebiasaanya mengunyah coklat di pagi hari.
‘sudahlah angah, keputusan along muktamad. Along tahu inikan impian angah sebelum ni, capai impian kau ngah. Along ada kawan yang kerja kat kuala lumpur hari tu dia ada tanyakan angah. Nanti along tanyakan dia manalah tahu kot-kot ade kerja kosong kat tempat dia kerja.’
Memang dia impikan memiliki jawatan di syarikat-syarikat koprat yang Berjaya, namun impian itu tidak sepatutunya berlaku 5 tahun yang lalu.
‘angah, lepas abis SPM angah nak sambung belajar kat mana?’.
‘angah nak sambung belajar kat luar negaralah bu, angah nak belajar kat sana nak cuba nasib belajar kat negara orang. Bolehkan bu?’. Petang tu seperti biasa lini menolong ibunya berkebun di halaman rumah. Peluh didahi dilap dengan kain yang tersidai di kerusi di halaman itu.
‘pergilah angah, ibu dan ayah kat sini sentiasa sokong angah dari belakang. Belajarlah angah setinggi sejauh mana yang angah mahu. Ingat, setinggi imu dijunjung jangan lupa junjung sekali agama di hati.’
‘insyaALLAH bu, pesan ibu angah takkan lupa. Angah tak kisah belajar kat mana dalam atau luar negara. Mana rezeki angah, angah terima saja bu.’ Tangannya begitu lincah mengembur tanah di dalam pasu bunga yang baru ditanamnya.
‘bersyukurlah angah, tapi ingat pesan ibu walau apa yang berlaku belajar mesti di teruskan jangan mengalah. Hanya itu yang ibu dan ayah mampu bagi kepada anak-anak kami. Ilmu dunia akhirat, hanya ilmu mampu menjadi petunjuk buat kita ngah’.
‘baik bu, angah akan sentiasa ingat pesan ibu’.
‘dah pergi basuh tangan kita sama-sama minum petang, ayah dah balik tu. Cuaca baik petang ni boleh kita minum petang kat halaman depan tu’.
‘angah, kat sini kau. Dari tadi along panggil tak di sahut-sahut ingat dah sambung tidur balik, tak jadi nak ikut along pergi kedai’.
‘um lama betul angah tak berkebun kat belakang ni, dulu masa arwah ibu ada kita selalukan tolong ibu berkebun. Along, angah betul-betulkan rindukan ibu. Ibu, angah dah Berjaya tamatkan pelajaran angah berharap sangat ibu ada sekarang angah rindu kan ibu’. Terkulai teresak-esak lini menghemburkan rindu yang semakin sarat di dada.
‘angah. Jangan macam ni, kuatkan semangat kau ngah. Along tahu angah rindukan ibu, sabar ngah ingat ALLAH.’ Hiba sungguh perasaan dia kala ini. dia tahu perasaan itu. Dia turut merasakan perasaan itu. Kerana perasaan kehilangan itulah hampir-hampir meragut kekuatan meraka adik beradik. Dan perasaan itulah hampir menggagalkan semangat adikknya untuk terus sambung belajar ke luar negara.
20 febuari 2009...
‘kak ija, besok din nak ambil cuti boleh tak kak?’. Khatijah yang sibuk menyimpan barang-barang dapur yang baru dibeli tadi kini duduk bersebelahan pekerjanya Din yang turut sama mengupas bawang bersama-sama pekerja yang lain Tina, Amy dan Mak Kiah.
‘besokkan kita nak hantar barang-barang tempahan ni,kenapa nak ambil cuti Din. Anak sakit ke?’. Din pekerjanya yang muda 3 tahun darinya telah menjadi bapa sebulan yang lalu.
‘anak sihat kak, isteri saya pun sihat. Cuma, besok saya nak balik kampung, ayah mertua saya sakit’.
‘tak apalah kalau macam tu, nanti petang ambil duit tambang dengan akak’. Sayur khailan yang sudah dibasuh di potong pendek-pendek untuk di masak makan tengah hari nanti.
‘eh, tak apalah kak, duit ada lagi kak.’ Din menjadi serba salah, sudah banyak budi yang ditaburkan oleh wanita yang berdiri didepannya ini, terasa tidak sanggup lagi untuk menerima budi yang lain takut tidak termampu untuk membalasnya kelak.
‘jauh perjalanan tu makan lagi, minyak kereta lagi semua pakai duit tu. Sambung kerja kau Din akak nak ke depan ha Tina mari tolong akak kat depan sekejap’. Kali ini hanya anggukan yang mampu dibalas. Dia tahu majikannya ini memang pemurah orangnya, di pandang sungguh manis orangnya walaupun kulitnya tidak secerah adik beradiknya yang lain, namun raut wajah mereka seakan sama sekali pandang macam kembar. Dia bersyukur bertemu dengan orang yang pemurah menerimanya bekerja.
‘kos bonus bagi kat Din lebih sikitlah, eh Mak Kiah anak bongsu nak masuk Kolej minggu depan, um kos lagi.’ Kira-kira yang dibuatnya dari tadi cukup memeningkan kepalanya. Radio disebelahnya dibuka, tengah hari macam ni dengar celoteh deeja radio pun boleh hilangkan tension..
Hot FM ..tunjukkan aku cinta kosmik mu yang membara..
Era FM ..lelaki ini yang selalu mencintaimu..
hitz FM .. at the moment everything can change.. um bosannya.
Telefon bimbit miliknya dari tadi asyik menjerit minta diangkat. Siapalah yang menelefon aku time macam ni tak pergi makan lunch ke apa.
‘hai’. Suara yang amatnya dikenali kini berada dicorong suara milik telefonnya.
‘ha apa hai-hai dah tak pandai bagi salam assalamualaikum’.
‘waalaikumussalam my princess. Buat apa tu, jom teman aku pergi lunch.’
‘aku, tengah main bola dalam kedai aku, nak join jom nak pergi makan malas. Aku banyak kerjalah nak buat besok aku ada tempahan nak buat and nak hantar dari keluar makan dengan kau baik aku makan makanan yang ada kat kedai aku ni.’
‘kau ni Ija aku ajak pergi makan pun nak marah-marah. Wei kau masak apa tengah hari ni, perut aku lapar sangat ni’.
‘ha pergilah makan kalau tak tahu malu marilah tuan hamba bersantap di kedai beta yang indah ini. hari ini aku masak pari masak asam pedas, telur goreng dengan sayur khailam ikan masin.’
‘wah sedapnya lauk kau, oklah aku buat muka tak malulah pergi makan’.
‘aku dah faham sangat dengan kau ni, ha datang lah kalau tak tahu malu.’
‘aku dah sampai pun’.
Khatijah terus berpaling mencari kelibat amin sahabatnya itu.
‘ha mana kau, memang hang lebai lah kau. Membazir bil telefon ajekan, kau time melantak ada aja helahnya’. Entah macam mana dia tidak perasankan sahanatnya berdiri di belakangnya.
‘kau ija mulut macam hang tuah’.
‘hang tuah apa pasal pulak, hang tuah lagu mana ada rupa aku ke?’
‘manalah aku tahu yang kau panggil aku hang lebai tu pasaa apa pulak, setahu aku dalam kelas sejarah dulu-dulu tak dak pula cikgu Ramlah sebut pasal hang lebai, kau main tibai je kan Ija?’.
‘eh mana ade aku dapat A1 tau sejarah SPM ritu, kau tu yang tak masuk kelas dia, tu yang kau miss pasal hang lebai.’
‘ikut hang lah lebai ke apa ke cepat hidangkan aku makananya lapar sangat ni.’
‘hoi amin, sejak bila aku jadi gundik hang ha? Nak makan amik sendiri kat dapur sat lagi aku kasi makan lempeng baru hang tau.’
‘yelah aku kan Sida Chin kau gundik Que aku punya jawatan lebih tinggi dari hang.’. Khatijah dah bercekik pingang malas bertekak dengan kawannya yang satu ni terus ke dapur mengambil makanan untuk dihidangkan mulutnya sahaja suka bergurau namun hatinya lembut. Amin kawannya semenjak dibangku sekolah lagi. Masa sekolah dulu dialah pelajar paling malas di dalam kelas mereka, tapi rezeki manusia siapa yang tahu. Orang malas belajar tapi rajin bekerja dan giler pandai IT, tup-tup dan buka kedai jual Komputer siap sekali dengan pusat Cyber-cafĂ©. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
‘ija minggu depan ada PC fair kat PWTC jom kita pergi buat fair kat situ.’
‘nak buat apa aku pergi menghadap PC-PC kat ‘fair’ tu aku memasak bukan pakai komputer’.
‘ha, tulah kau tak tahu sekarang dunia moden canggih sekarang nak makan apa, tekan jerk kat computer tu terus dapat makanan tau’.
‘oh kira modenlah ni, habis tu kenapa kau tak tekan je computer kat kedai hang dok soh mai makan kat kedai aku lagi.’
‘aku dah tekan lah tu yang aku mai cinim, sistem cakap makanan berada 50 m dihadapan.’
‘ikut suka hanglah malas aku nak layan.’ Khatijah berlalu ke dapur menyiapkan rempah untuk dimasak esok pagi, meninggalkan amin yang berselera dengan lauknya.
‘akak, jomlah teman adik amin pergi PC fair nanti, jomlah jomlah jomlah’. Tergelak khatijah melihat gelagat sahabatnya yang bersungguh-sungguh memujuknya ala budak-budak itu.
‘kau ni kan kalau tak makan senduk aku tak diam kan!’.
‘ala garangnya kak ija ni. Bolehlah kak ija, mak saya cakap, budak-budak tak boleh pergi jalan sorang-sorang bahaya nanti kene culik!’.
‘ ele, mengada taktik kau takkan Berjaya mengubah firasat aku untuk minggu depan titik.’
‘ok aku belanja hang makan MacD?’.
‘Tak moh eh, tak sedap’.
‘ok KFC?’.
‘Banyak lemak’.
‘Pizza?’.
‘aku tak makan makanan ala-ala Mexico.’
‘ok-ok fine aku belanja Sushi.’
‘ha yang ni aku mahu. Belanja makan sekali dengan bungkus ok set minggu depan hang datang amik aku. Kereta aku adik aku mahu guna ye Encik Amin.’
‘yelah-yelah dulu time muda-muda orang suh belajar kat jepun tak mahu time tua ni lah baru sibuk nak melantak makanan mentah tu, entah apa yang sedap tak tahulah aku dengan citarasa tekak hang ni.’
‘oit bising mulut hang ni, aku tak mintak pun ok, hang ofer aku sapu je lah. Dah-dahlah pergi balik kedai hanglah buat menyemak kat kedai aku jerk.’ Terus tangannya berhenti mengacau rempah yang digaul untuk dimasakkan gulai ayam kampung pagi besok.
‘tengok mak kiah, si ija ni tadi bukan main mesra sekarang garang macam singa, nimlah yang malas nak jadi teman tapi mesra dia ni’. Mak kiah faham sangatlah anak-anak muda dihadapanya ini, pantang berjumpa ada sahaja yang hendak di gaduhkan. Berjodoh jugaklah budak dua orang ni.
‘kau nak pergi ke tak ha amin? Nak pergi sila balik sekarang, saya ada banyak kerja nak di buat’.
‘macam tulah baru mesra sedap halwa telinga mendengar um makan malam nanti menu apa pulak ija?’.
‘ kau nampak tak senduk ni?’ terpacak senduk di tangan ija barulah Amin berlalu dengan penuh makna. Ija-ija kau ni manis betul time marah kenapa lah kau tak suka aku.
bersambung....
1 comment:
wah, saya nak kahwin..(cakap sambil lenggang cara shin can cakap)
Post a Comment